mediocre try to be exceptional

some thing starts from one thing

Search This Blog

Hi, We are mediocre try to be exceptional /

The place where we write some words

Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah anak speech delay, perkara ini agak membimbangkan kerana anak yang sudah berusia 5 tahun belum pandai untuk bercakap dan meminta sesuatu dengan betul. Kebiasaannya, mereka hanya menangis dan berteriak untuk sesuatu yang mereka mahukan dan ibu bapa hanya meneka-neka perkara tersebut. Ini menjadikan mereka terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk sesuatu benda kecil seperti mencari mainan, menonton cerita kartun mana? dan hendak makan atau minum? Lapar atau tidak? Mahu apa?  dan banyak lagi atau atau yang lain.

Untuk kanak-kanak seumpama ini, sudah tentunya sedang mengikuti rawatan di hospital atau pun pusat swasta yang berkaitan. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, sudah tentu rawatan yang terbaik di berikan kepada anak untuk menjalani rawatan speech delay di pusat rawatan swasta.  Namun bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan, berada di luar bandar dan kurang peka terhadap situasi kritikal ini, selalunya hanya mengikuti rawatan di hospital kerajaan yang hanya memberi temujanji 3 atau 4 bulan sekali sahaja.


Jangan bimbang kerana saya akan cadangkan 7 perkara yang anda boleh lakukan di rumah untuk latihan lanjutan anak-anak speech delay:

1.  Urutan mulut/tangan/kaki

Petua yang kita selalu dengar dari masyarakat umumnya apabila anak lambat bercakap ialah pukul mulut anak dengan selipar, letakkan sudu besi ke dalam mulut, makan telur puyuh supaya anak tadi bercakap bak burung puyuh yang celoteh, makan ikan sebelah, dengarkan anak bunyi tembakan yang kuat atau bom dsbgnya. Mungkin perkara ini sedikit sebanyak membantu tetapi dari segi realistik mungkin tidak begitu meyakinkan.

Saranan terapis adalah urutan dibuat bahagian dalam mulut dan di luar mulut. Di dalam bahagian mulut adalah lelangit, lidah , dan tepi dalam mulut kiri dan kanan . Hanya tekan2 sahaja sedikit bahagian ini menggunakan kain yang bertekstur sedikit kasar sebanyak 5 kali satu bahagian.  Buat dua kali sehari. Sebaiknya selepas mandi kerana waktu ini anak berada dalam mood yang baik dan boleh bertoleransi. Selalunya anak speech delay penyakitnya agak sensitif bila di kacau bahagian-bahagian ini mungkin kerana mereka geli. Namun perlahan-lahan buat dengan cara santai dan bermain. Bagi luar mulut adalah kawasan bibir atas dan bawah serta atas bibir. Urut bibir seperti hendak letakkan gincu 5kali. Atas bibir tekan arah atas dan bawah, tekan-tekan sekitar mulut dan buat gerakan membulat atas bibir. Boleh rujuk terapis juga dengan kaedah ini kerana ada caranya.

Relevannya kaedah urutan mulut ialah untuk menguatkan otot-otot bahagian dalam dan luar mulut agar lebih kuat untuk bercakap.

Bagi kaki dan tangan, urut  dan tekan dengan perlahan dan cuba cari kaedah mengurut untuk terapi tangan dan kaki . Biasanya anak speech delay ada kecenderungan untuk tidak mahu belajar menulis mungkin kerana tangan mereka lemah dan tidak dapat belajar pegang pen atau pensel. Aktiviti seperti memanjat monkey bar juga bagus untuk menguatkan tangan.


2.  Tutup mata.

Aktiviti ini mudah. Hanya tutup mata anak dan cuba untuk bercakap dan bertanya kepadanya dalam keadaan mata tertutup. Cuba tanyakan kepadanya mainan apa dan beri dia pegang dan rasa. Walaupun dia tidak menjawab, aktiviti ini menyeronokkan dan mudah. Tapi ada juga anak yang tidak mahu bekerjasama. Cara lain adalah, biarkan dia dalam bilik yang gelap dan tutup bilik. Mulakan dengan satu minit. Keesokan harinya lagi dua minit. Minggu depannya lagi tiga minit. Begitulah seterusnya. Rasionalnya ialah aktiviti ini mewujudkan 'alertness' kepada anak ini. Apabila kita berada dalam keadaan gelap, sistem waspada kita akan meningkat contohnya apabila 'blackout' di rumah pada waktu malam. Alertness atau berjaga-jaga ini bertujuan untuk membantu anak melatih  'eye contact' dan kewaspadaan anak ini.


3.  Aktiviti flashcards.

Anak dengan speech delay akan lebih tertarik dengan visual, gambar dan benda bergerak. Itu lah sebabnya mereka boleh bertahan menonton cerita kartun dan melayan youtube sehingga berjam-jam lamanya. Bagi anak pra sekolah, sudah tentunya mereka biasa dengan ABC dan 123. Jadi, gunakan kelebihan ini untuk membuat flashcards yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Contohnya A untuk air. A untuk abang. B untuk bapa. B untuk biskut. D untuk duduk dan L untuk lari. Begitula seterusnya. Kalau kita membeli flashcard di pasaran, ia tidak begitu memenuhi kehendak kita. Dan selalunya flashcards dalam bahasa inggeris. Jadi kita kena buat flashcards sendiri.



Apa yang ada di dalam flashcard ini seharusnya kita kaitkan dengan kehidupan seharian anak. Contoh, D, duduk. Bila kita bercakap dan anak belajar melalui flashcard, senang untuk dia memahami apa yang sebenarnya disuruh. Contohnya kaki, tunjukkan kepadanya kaki. Dan ulang dalam aktiviti sehari-hari. Mana kaki abang?

Walaupun kita rasa flashcard tidak membantu sebanyak yang mungkin, tapi ini penting untuk kita menambahkan kosa kata anak. Semakin banyak kosa kata yang dia tahu, semakin meningkat keyakinan dirinya dan kita akan lihat yang dia akan kurang sensitif.


4. Latihan menulis / mewarna.

Latihan menulis dan mewarna perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehari sekali. Aktiviti ini tiada kaitan dengan pembangunan kosa kata anak, tetapi latihan untuk melatih 'eye contact' yang baik. Semakin baik eye contact anak, semakin banyak yang dia akan belajar dari melihat mulut dan mendengar percakapan seharian orang sekelilingnya. Lebih-lebih lagi, bila sudah memasuki pra sekolah , maka anak mestilah mempunyai kemahiran ini. Sekurang-kurangnya latihan di rumah akan menghilangkan rasa kekok untuk mengikuti pembelajaran di sekolah.


5. Aktiviti fizikal.


Bagi anak speech delay, mereka kurang imaginasi untuk bermain sendiri. Maksudnya mereka akan cepat bosan dengan mainan yang ada. Mereka akan selalu ingin bersama ibu atau bapa kerana mereka tidak tahu apa hendak dibuat. Biasanya ibu bapa akan memberi gajet kepada mereka supaya tidak diganggu.Tidak dinafikan masa yang terhad dan terbatas atas tuntutan tugas harian menyebabkan ibu bapa cenderung untuk membiarkan anak dengan gajet. Alternatif lain ialah menyuruh mereka membuat aktiviti fizikal. Contohnya adalah suruh mereka memanjat tangga (pastikan selamat) dan memanjat gril pintu atau bermain basikal. Lebih elok kalau ada trampolin di rumah supaya anak boleh menyalurkan tenaga mereka ke arah fizikal. Atau boleh lah difikirkan aktiviti fizikal yang sesuai dengan persekitaran rumah agar tidak membahayakan anak tadi.


6. Download video youtube secara offline.

Bagi anak-anak yang sukakan gajet, ini cara yang baik untuk dibuat. Pilih video berbentuk pendidikan yang baik dan selaras dengan usianya. Contoh untuk anak pra sekolah ialah ucapan selamat pagi, thank you, goodbye dalam bentuk nyanyian. Ataupun video mengenai anggota badan, video mewarna, menulis, dan apa-apa yang difikirkan sesuai untuk pembelajaran nya. Biarkan sahaja sekiranya dia menangis kerana tidak dapat melihat apa yang dia mahukan. Lama kelamaan dia akan tengok juga video tersebut dan secara tidak langsung mempunyai memori terhadap perkataan itu. Tugas ibu bapa adalah untuk mengulang kembali perkataan tersebut bersamanya apabila ada masa terluang dan belajar bersama-sama.


7. Ambil supplement.

Pengambilan supplement agak mengelirukan dalam hal anak speech delay. Ini kerana anak speech delay berkemungkinan hyperactive dan tidak boleh mengambil banyak gula. Namun hal ini amat perlu dipetrtimbangkan oleh ibu bapa kerana ada supplement yang boleh meransang perkembangan otak dan membolehkannya cepat belajar. Minta lah nasihat daripada terapis anda dan mohon doa kepada Allah agar dipermudahkan semuanya atas segala sesuatu urusan anak. Amin.





Share on:


Ibnu Qayyum Rahimullah said the word of sadness does not appear in the Quran except in the form of forbidding it or in the form of neglecting it. And the reason for this is because there is NO benefit for having sadness in the heart. The most beloved thing to syaitan is to make the believing slave sad by taking him out off track. The prophet s.a.w sought refuge from sadness. Ibnu Qayyum Rahimullah said sadness weaken the heart and diminished the determination and wanting to go forward. And there's nothing more beloved to the syaitan then a sadness of the believer. For this reason, be happy , optimistic, and think good about Allah. Have trust in what Allah is able to do and depend on Him. You will find happiness and pleasure in all situation. Ibnu Qayyum also said don't ruin your mind with worry and and don't ruin your mind with pessimism. Don't ruin your success with deception and dont ruin the optimism of others by destroying it. Don't ruin your day by looking back at yesterday. If you think about your situation, you find that Allah has given you things without asking. So, have trust in Allah, He doesnt prevent anything you want except that it has goodness in you.

You can be sleeping and the door of heaven has being open with dua' been made on your behalf. SubhanAllah. Perhaps from someone poor whom you help, or someone sad whom you brought joy,or someone passing by and you smile at him, or someone in distress and you removed it. So dont ever estimate any good deeds. One of the writer said, I made dua' to Allah for something I want, and if He gives it to me, then I'm happy once. And if he doesnt give it to me, And I'm happy ten times because the first is my choice and the second is Allah's choice. As Saadi Rahimullah said, life is short, so don't shorten it with worries, grieves, and sadness. So be the owner of a heart that breath happiness and satisfaction. May Allah make your life happy and may Allah forgive us all.

Translation:


Ibnu Qayyum Rahimullah berkata, perkataan kesedihan tidak ada di dalam Al Quran kecuali dalam bentuk menghindarinya atau mengelakkannya. Dan sebabnya ialah kerana TIADA sebarang kelebihan untuk berasa sedih di dalam hati. Nabi Muhammad s.a.w memohon perlindungan kepada Allah daripada kesedihan. Ibu Qayyum Rahimullah berkata, kesedihan melemahkan hati dan melenyapkan kesungguhan untuk bangkit kehadapan. Dan tiadalah yang lebih disukai syaitan daripada kesedihan seorang hamba yang percaya Allah. Dan untuk sebab ini, bergembiralah, optimistic dan berfikir yang baik tentang Allah. Percaya pada apa yang Allah boleh lakukan dan bergantung hanya pada Nya. Kamu akan jumpa kegembiraan dan keseronokan dalam semua keadaan. Ibnu Qayyum juga berkata, jangan rosakkan kegembiraan dengan kerisauan, dan  jangan rosakkan fikiran dengan buruk sangka. Jangan rosakkan kejayaan dengan penipuan dan jangan rosakkan optimism dengan memusnahkannya. Jangan rosakkan hari kamu dengan memandang semula hari semalam. Sekiranya kamu lihat pada keadaan kamu sekarang, kamu akan sedar yang Allah telah berikan kamu sesuatu tanpa perlu meminta. . Jadi percayalah kepada Allah, Dia tidak akan menghalang apapun dari apa yang kamu minta, dan berikan hanya yang mempunyai kebaikan kepada kamu.

Kamu boleh tidur dan pintu syurga dibukakan untukmu oleh doa yang dimohon bagi pihakmu. SubhanAllah. Mungkin daripada orang miskin yang kamu tolong, atau dari seseorang yang sedih dan kamu gembirakan, atau dari seseorang yang berselisih denganmu dan kamu senyum kepadanya, atau dari seseorang yang tertekan dan kamu lapangkan dia.

Jadi , jangan pernah memandang rendah  apapun perbuatan baik. seorang penulis pernah berkata, aku memohon doa kepada Allah tentang sesuatu yang aku mahukan, dan jika Dia berikan kepadaku, dan aku akan gembira sekali. S
ekiranya Dia tidak berikan kepadaku, aku akan gembira 10kali, kerana yang pertama itu adalah pilihanku dan kedua adalah pilihan Allah. Seperti yang dikatakan oleh Saadi Rahimullah, hidup ini pendek, jangan pendekkan lagi dengan risau, duka lara dan kesedihan. Jadilah pemilik kepada hati yang bernafas kegembiraan dan kepuasan. Semoga Allah jadikan hidup kita lebih gembira dan semoga Allah mengampunkan kita semua. Amin Ya Rabbal alamin.

Sumber youtube: Ust Nouman Ali Khan.




Share on:
Dalam sepanjang kehidupan kita ni, mesti sekali dua kita pernah terfikir kenapa hidup aku begini? knapa perangai aku begini? Knapa jalan hidup aku bgini , xmcm org lain yng bgitu? dan byk lah bgitu bgini yang lain susah mau di describe. Klu kita kasitau org lain mesti org akan cakap mmg bgitu la ba tu ketentuan hidup, sabar jak la. Atau xpun dlm hati dia ckp xbesyukur  jugak ni org (tapi dia xkasi tau direct d muka kita kan).

IKLAN : Pernahkah kamurang tgh2 ada semangat mo update blog, anak kmu masuk dlm blakang baju kmu, picit2 tahi lalat besar yang ada d blakang bdan kamu, yang saturang lg duduk d  paha sambil tekan2 keyboard?

Hidup adalah satu proses pembelajaran yang sangat panjang. Selagi hidung masi lg berfungsi menyedut oksigen, selagi darah masih mengalir dalam salur darah, selagi tu hidup ini menuntut pengisian harian. Bulikah klu xkerja hari ni? bukan ahad ka ni hr? Apa yang mau dibuat hari ni? Makan apa hari ni? Hari ni hujan ka x? Bisnes laku ka x ni hr? Ada hot story ka? anak sianu sianu tu mcm mana sudah yg tu hr kena selesema tu? ok sdh? dari kerja utama sampailah hal sipi-sipi pun ada dlm pikiran. ini klu yg prmpuan la, klu yg lelaki xtau la apa dlm pikiran drg tu, setau saya dua seja, duit sama prmpuan. 

Actually, saya ada terfikir satu benda ni mmg dr dulu lg, tp skrg baru saya dpt praktikkan this thought. Kalau kita xrasa benda tu penting, sepenting mana pun benda tu, kita tetap xrasa dia penting. tp once kita realize satu benda ni penting, seremeh mana pun benda tu, akan tetap penting jgk dlm kepala otak kita. 


Dalam erti kata lain, benda ni nama dia FOKUS. Klu kita fokus mo jadi orang rajin, tetapkan dalam kepala otak kita, saya ni rajin. Klu kita mo jadi orang yang positif , set dalam fikiran kita saya ni positif. Automatik, pergerakan kita dari rangsangan mind set tu akan terarah ke tujuan nya. Jadi, for first step, marilah sama2 kita ni hari fokus untuk gembirakan keluarga kita. 

Salam khamis, malam jumaat. Jangan lupa selawat ke atas nabi Muhammad banyak2 hr ni.
Share on:
Bagi yang pernah menghadiri temuduga kerja, sudah tentu akan teringat perasaan yang bercampur baur ketika menunggu nama di panggil. Tentu tidak senang duduk, perut terasa masuk angin dan kaki tiba-tiba lemah dan lenguh.

Ia boleh menjadi seperti berjalan di atas tali yang tegang, yakin tapi tidak temberang, teruja tapi tidak terburu-buru, profesional tapi tidak 'stuffy'.

Kamu mahu membuat penemuduga berasa kagum dengan : menunjukkan kelayakan akademik, berpakaian kemas dan peribadi yang positif.




Namun ada beberapa jawapan yang sebolehnya dielakkan ketika menjawab pertanyaan daripada penemuduga , terpulang kepada keadaan masing-masing.

 1.   " Saya tahu saya tidak berpengalaman"

 Daripada resume sudah tertulis pengalaman kerja jadi penemuduga akan tahu sedikit sebanyak tentang pengalaman kamu. Jadi tidak perlulah menekankan kepada mereka yang kamu tidak berpengalaman. Fikirkan ayat lain untuk menggantikan ayat tersebut seperti " Saya selalu melatih diri sendiri cara bekerja di pejabat dengan belajar melalui internet dan membeli buku panduan bekerja di pejabat". " Saya dapat bayangkan pekerjaan ini memerlukan dedikasi  dan komitmen yang tinggi dan saya bersedia untuk itu".


2.   " Saya amat perlukan pekerjaan ini"

Jangan merayu. Walaupun kamu telah berbulan-bulan jadi penganggur, duit tabungan kecemasan pun sudah berkelip lampu merah dan betul-betul terdesak- memberitahu penemuduga yang kamu sangat perlukan pekerjaan ini hanya memberi tanggapan  yang kamu hanya terdesak untuk bekerja dan berkelakuan tidak profesional.


3.  " Saya tidak mempunyai apa-apa kelemahan".

Ini adalah soalan yang mungkin akan ditanya oleh penemuduga. "Apakah kelemahan terbesar kamu?". Kamu perlu memberikan jawapan yang jujur, tapi tidaklah tersangat jujur seperti " Saya kuat cemburu" atau " Saya tidak tahan orang yang kuat membebel, ia menjengkelkan". 

Contoh jawapan yang baik adalah kelemahan yang berkisar masalah di pejabat namun kamu perlu menyatakan yang kamu berterusan akan terus memperbaikinya.

" Kadang kala saya cenderung untuk ambil hati/terasa secara peribadi pada maklum balas negatif terhadap kerja/projek yang saya buat sepenuh hati, namun saya faham kritikan adalah untuk kebaikan semua pihak dan saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya dari masa ke semasa."

Kamu perlu memberi imej yang kamu bukan sempurna, tetapi itu adalah sesuatu yang kamu sedar tentang kelemahan mu dan berusaha untuk memperbaikinya dalam masa ke semasa.


4. " Saya benci kerja/majikan saya yang dulu".

Kenapa kamu berhenti dari pekerjaan kamu yang dulu?

Bercakap sesuatu yang buruk mengenai pekerjaan terdahulu boleh menyebab penemuduga mempunyai persepsi yang buruk terhadap kamu. Bila ditanya soalan sebegini, bersedia menjawab dari segi positif bahawa kamu meninggalkan kerja tersebut kerana kamu mahukan cabaran baru dan persekitaran kerja yang boleh membentuk perjalanan karier yang lebih baik.


5. "Siapa ni?".

Maksud soalan ini adalah kamu mestilah meneliti latar belakang syarikat tempat kamu memohon pekerjaan terlbih dahulu. Adalah lebih baik kalau kamu tahu carta organisasi syarikat, pegawai yang terlibat dalam perjawatan dan sumber manusia supaya kamu nampak lebih bersedia untuk bekerja dalam syarikat tersebut.


6. "Saya adalah yang terbaik untuk jawatan ini"

Semua orang rasa dia adalah yang terbaik untuk jawatan tersebut. Adalah baik untuk kelihatan bersungguh-sungguh  tetapi apa yang terdengar yakin di telinga kita mungkin terdengar sombong d telinga penemuduga.


7. "Ini bukanlah pilihan pertama saya".

Ayat ini nampak sangat tidak profesional dan kurang sopan. Walaupun jawatan tersebut bukanlah keutamaan kamu, apabila kamu sudah menghadiri temuduga tersebut apa salahnya berlakon bahawa jawatan tersebut lah yang kamu idam-idamkan selama ini. Jadi, belajar untuk bijak dalam memilih ayat yang sedap didengar dan meyakinkan penemuduga.

Sumber: thefinancialdiet.com
Penulis Asal :Tory Dunlap (7 Things You Never Say In A Job Interview)

p/s: artikel ini saya terjemahkan daripada bahasa inggeris ke bahasa melayu untuk rujukan saya sendiri dan siapa sahaja yang berminat. saya ubah artikel mengikut pemahaman saya dan tiada niat ciplak dan mengambil untung.
Share on:
Bila anak lambat bercakap tentu ibu bapa berasa risau. Seawal usia dua tahun sekiranya anak belum boleh menyebut satu perkataan bermakna maka itu adalah isyarat bendera merah untuk ibu bapa melakukan sesuatu. Selalunya anak kecil yang bermasalah seperti ini akan dirujuk kepada doktor pakar untuk mengesahkan samada anak tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesihatan (audiology, periksa darah) dan menjalani rawatan terapi yang seterusnya.


Apa yang ibu bapa perlu tahu lambat bercakap adalah satu tanda negatif untuk perkembangan mental si kecil. Lambat bercakap boleh terjadi sekiranya anak:

  1. Mempunyai masalah pendengaran
  2. Autisme
  3. Terencat akal
  4. Lembap pembelajaran dan sebagainya.


Mengapa anak tidak menyebut perkataan?

Ini mungkin disebabkan si kecil tidak faham apa yang hendak diajar atau tidak pandai meniru. Kemahiran meniru sangat penting dalam perkembangan bahasa si kecil kerana dengan cara itu sahaja mereka dapat belajar sesuatu yang baru.

Jadi apa yang ibu bapa boleh buat untuk membiasakan anak kepada sesi pembelajaran bahasa atau bercakap, pertama, ajar anak kemahiran meniru :              

     i. meniru aksi (tepuk tangan , bye bye, aksi mainan (kereta atau pun mainan memasak), menari dan sebagainya.

     ii. meniru perkataan  ( bunyi haiwan, kenderaan)


Kedua, ajarkan anak satu perkataan dalam satu satu masa dengan teknik highlight iaitu menekan sebutan perkataan contohnya "Quek quek, quek, quek". (nada sedikit tinggi dan keras)

Kemudian ulang sebanyak kali yang boleh. Anak-anak yang lambat bercakap perlu mendengar perkataan tersebut lebih 4 ribu kali sebelum boleh menuturkan perkataan tersebut.

Jadi ibu bapa? Sedia untuk mengajar anak-anak lambat bercakap 4ribu kali untuk satu perkataan? Saya doakan usaha ibu bapa berjaya menunjukkan hasil dan anak kecil tadi boleh berjaya di masa hadapan seperti anak-anak normal yang lainnya. InsyaAllah.

(Sumber maklumat: Youtube : Tanya Terapis Anda  , Aishah Kassim)
p/s : entry ini bukan nasihat/saranan daripada saya. Ini adalah saranan pakar.








Share on:
Surirumah yang mempunyai anak kecil mesti terfikir untuk mengajar anak mereka di rumah sebagai persediaan menghadapi alam tadika. Tetapi sering saja rancangan mengajar mengalami situasi tertangguh atau tidak menjadi. Mengapa ini terjadi? 1001 alasan. Ini juga sering terjadi kepada saya. Jadi saya kategorikan alasan kepada tiga sebab untuk menjadi panduan saya dan kita semua di masa hadapan.

1. Terlalu ikut jadual.

Kalau kita layari internet untuk membuat persiapan homeschool anak kecil, terlalu banyak tips dan idea untuk dijadikan sebagai permulaan. Pada mulanya memang kita akan bersemangat untuk menyediakan itu ini keperluan alat bantu mengajar anak kecil, menyusun jadual dan menyediakan tempat khas untuk belajar. Namun usaha ini tidak lama. Kenapa? Kerana suri rumah ada banyak lagi kerja rumah yang perlu dibuat selain untuk mengajar anak kecil. 

Jadi, kita mulakan dengan apa yang mampu. Menulis, membaca, atau sekadar menyanyi bersama anak kecil. Seeloknya mulakan di awal pagi setelah si suami pergi kerja. Kerana hanya masa itu yang paling relax untuk si ibu bermain dengan si manja!


2. Tidak bersedia

Selalunya kotak fikiran ibu akan penuh dengan 'to do list' kerja-kerja rumah. Mencuci, menyapu, kemas dapur, menjemur kain, lipat baju, kemas bilik tidur, kemas mainan, masak apa hari ini?? dan sebagainya. Jadi aktiviti untuk si manja biasanya dikemudiankan dan akhirnya tidak dibuat langsung. Kesian si kecil.

Solusinya, sebelum tidur fikirkan apa yang mahu diajar untuk esok pagi. Mungkin belajar abc, atau mewarna? Jadi selesai menguruskan suami di awal pagi, automatik ibu akan ambil kertas dan pensel panggil si kecil untuk menulis. 10 minit untuk permulaan sudah mencukupi.


3. Tidak kreatif.

Saya juga mempunyai masalah ini. Selalu menangguhkan aktiviti mengajar anak atas alasan tidak cukup bahan. Akhirnya hari bertukar minggu, minggu bertukar minggu yang lainnya. Kesian si kecil.

Apa yang saya buat sekarang hanyalah membeli dua buku abjad dan nombor, jadi kalau tiada idea untuk hari itu ambil buku tersebut dan belajar dengan anak. Atau ambil mainan yang ada di rumah dan berdrama dengannya. Atau bawa anak mengemas dan minta ambilkan barang yang bersepah dan minta tolong simpankan. Memang penat sebab tangan kerja, mulut pun kerja. Tapi takpa la sayang, yang penting kita belajar.


SELAMAT BERHOMESCHOOL





Share on:
Untuk permulaan homeschool, cuba cari idea untuk bahan mengajar anak-anak yang paling mudah dan ringan untuk dilakukan.

Contoh:

1.    Belajar ABC
2.    Belajar nombor 123
3.    Mengenal warna
4.    Mewarna
5.    Aktiviti mudah ( tiup belon, menggam dan menampal gambar, main permainan yang sedia ada)
6.    Membaca buku cerita (read aloud)
7.    Mengenal barang dalam rumah (di bilik, di dapur , ruang tamu ext)
8.    Menyanyi (sing along)
9.    Aktiviti luar (bermain basikal, mandi kolam, menyiram bunga etc)
10. Menulis

Semua aktiviti hanya memerlukan 10 minit setiap hari untuk permulaan. Ibu bapa boleh lah membuat jadual aktiviti apa yang boleh dilakukan setiap hari. Atau hanya sekadar menulis nota apa yang telah dilakukan dan tidak terikat kepada jadual untuk melihat perkembangan aktiviti homeschool. Idea lain akan muncul sendiri apabila ibu bapa sudah mula memulakan aktiviti ini setiap hari. Selepas selesa dengan aktiviti homeschool mudah setiap hari, bolehlah diteruskan dengan membeli peralatan lain untuk pertambahan alat bantu mengajar homeschool di rumah sendiri dan menambahkan masa aktiviti.


Selamat mencuba.


Share on:
As a person who is not raised in english speaking environment, it's kinda hard to master this language fast enough.  Some people took several years of time to eventually got to speak english to a certain standard. But most of the people still cant speak proper if not fluent english after several years passed by.

In Malaysia, kids are started to learn english as early as standard 1. To total up english lessons until someone finished form 5, it is 11 years. Literally, 11 years is a long time. Enough time to durians tree to produce it second season of fruiting. But why, most of people still cant speak better at least, speak simple english with ease.

I'm not condemning anybody or any education system, I'm talking about me.

I came across a phrase "If you are not interested, nothing is interesting". So that's it. Maybe the interest not there. Maybe the passions not there. Maybe the desire not there.

So after all tangled thoughts and wasted time, I am concluding three major factors that retarding my mission to become a fluent english speaker.

1. LACK OF SPEAKING PRACTICES

Practices make perfect. Keep practicing because its only gets better.
No one can ever be good at baking a cake without trying to bake a cake. and it took several times of failure before can serve a good one. And there's a lot types of cakes, cupcakes, cookies, and bread she needs to learn to at least can be called " she is good at baking".

Same goes with speaking english. If we only know yes and no when answering question, its not good enough. How to practice? I am ashamed and dont have partner.

Try to speak to yourself. Try to explain what your emotions for the day, what have you saw, what bothers you, what makes you happy, and anything you can relate to.


Example:
1.  "Oh,  the cloud is showing a sign of raining, I better prepare to close all the windows. I hope it didn't last long unless my clothes wont be drying."

2. "It's cloudy today. I better closed all the windows and take my laundry unless it will get wet."

I actually dont know if these two sentences make any different but what I am trying to say is you can talk about anything to start speak english and try different sentences that match your mood that day. Notice that if you have wide range of vocabulary you will sound more relax than speaking like you writing a formal letter.



2. Too much resources.

To speak good english, you can start with simple english. Try to memorize sentences.

Example:

Q: What would you like to be when you grow up?
(What are your ambition?)
(What do you want to be when you grow up?)

A: I would like to be a farmer
     I want to be an engineer.
     I want to be a film director.


In daily life we could use question like, "What do you want to have for dinner?", How's your day today, or why are you crying? just memorize that and use it when the time is appropriate.

Most of us only focusing on upgrading our vocabulary instead of upgrading our speaking skills. That's how you end up speechless or stutter when talking to other people but as a matter of fact you have lots to say.


3. GRAMMAR MESSED UP.

They say you dont need a good grammar when talking english just say anything in order to practice. For me that's a lie. You at least need to master simple grammar, present tense, past tense and future tense to make right sentences. And from there you will gradually learn to make the right sentences and gain confident every time you speak rather than confusing what grammar to use in the sentence and make you distracted all the time.

I still struggling for #3 factor as much you can see in this whole writing there are a lots of grammar mistakes here and there. But, I  hope this writing can help anybody out there who want to speak good english to keep practising and avoid confusion why on earth we still cannot speak good english.xoxo











Share on:
  • ← Previous post
latest posts
latest comments
Powered By Blogger

Blog Archive

  • ▼  2018 (3)
    • ▼  08/05 - 08/12 (2)
      • SPEECH DELAY : Anak sudah masuk pra sekolah tapi m...
      • What Sad Can Do To You / Apa yang perasaan sedih...
    • ►  03/25 - 04/01 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  09/17 - 09/24 (2)
    • ►  09/10 - 09/17 (2)
    • ►  04/30 - 05/07 (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  07/10 - 07/17 (1)
    • ►  04/03 - 04/10 (1)
    • ►  01/31 - 02/07 (1)
    • ►  01/10 - 01/17 (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  09/06 - 09/13 (2)
    • ►  02/08 - 02/15 (1)
    • ►  02/01 - 02/08 (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  11/02 - 11/09 (2)
    • ►  10/26 - 11/02 (7)
Labels
  • aktiviti speech delay
  • Cerpen
  • Homeschool
  • insight
  • lambat bercakap
  • sad
  • speech delay

About Me

nurr22saadah
View my complete profile

Webterest!!

  • iheartorganizing.blogspot.com
  • organizingmadefun.blogspot.com
  • usefulbeautifulhome.com
  • abowlfulloflemons.net
  • creatingreallyawesomefreethings.com
  • susunatursioca.blogspot.com
  • homehappyhome.blogspot.com
  • www.muslimblog.co.in
  • debtfreemuslims.com

Followers

mediocre try to be exceptional

some thing starts from one thing

  • Home
Powered by Blogger.
Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates