Bagi yang pernah menghadiri temuduga kerja, sudah tentu akan teringat perasaan yang bercampur baur ketika menunggu nama di panggil. Tentu tidak senang duduk, perut terasa masuk angin dan kaki tiba-tiba lemah dan lenguh.
7. "Ini bukanlah pilihan pertama saya".
Ayat ini nampak sangat tidak profesional dan kurang sopan. Walaupun jawatan tersebut bukanlah keutamaan kamu, apabila kamu sudah menghadiri temuduga tersebut apa salahnya berlakon bahawa jawatan tersebut lah yang kamu idam-idamkan selama ini. Jadi, belajar untuk bijak dalam memilih ayat yang sedap didengar dan meyakinkan penemuduga.
Sumber: thefinancialdiet.com
Penulis Asal :Tory Dunlap (7 Things You Never Say In A Job Interview)
p/s: artikel ini saya terjemahkan daripada bahasa inggeris ke bahasa melayu untuk rujukan saya sendiri dan siapa sahaja yang berminat. saya ubah artikel mengikut pemahaman saya dan tiada niat ciplak dan mengambil untung.
Ia boleh menjadi seperti berjalan di atas tali yang tegang, yakin tapi tidak temberang, teruja tapi tidak terburu-buru, profesional tapi tidak 'stuffy'.
Kamu mahu membuat penemuduga berasa kagum dengan : menunjukkan kelayakan akademik, berpakaian kemas dan peribadi yang positif.
Namun ada beberapa jawapan yang sebolehnya dielakkan ketika menjawab pertanyaan daripada penemuduga , terpulang kepada keadaan masing-masing.
1. " Saya tahu saya tidak berpengalaman"
Daripada resume sudah tertulis pengalaman kerja jadi penemuduga akan tahu sedikit sebanyak tentang pengalaman kamu. Jadi tidak perlulah menekankan kepada mereka yang kamu tidak berpengalaman. Fikirkan ayat lain untuk menggantikan ayat tersebut seperti " Saya selalu melatih diri sendiri cara bekerja di pejabat dengan belajar melalui internet dan membeli buku panduan bekerja di pejabat". " Saya dapat bayangkan pekerjaan ini memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi dan saya bersedia untuk itu".
2. " Saya amat perlukan pekerjaan ini"
Jangan merayu. Walaupun kamu telah berbulan-bulan jadi penganggur, duit tabungan kecemasan pun sudah berkelip lampu merah dan betul-betul terdesak- memberitahu penemuduga yang kamu sangat perlukan pekerjaan ini hanya memberi tanggapan yang kamu hanya terdesak untuk bekerja dan berkelakuan tidak profesional.
3. " Saya tidak mempunyai apa-apa kelemahan".
Ini adalah soalan yang mungkin akan ditanya oleh penemuduga. "Apakah kelemahan terbesar kamu?". Kamu perlu memberikan jawapan yang jujur, tapi tidaklah tersangat jujur seperti " Saya kuat cemburu" atau " Saya tidak tahan orang yang kuat membebel, ia menjengkelkan".
Contoh jawapan yang baik adalah kelemahan yang berkisar masalah di pejabat namun kamu perlu menyatakan yang kamu berterusan akan terus memperbaikinya.
" Kadang kala saya cenderung untuk ambil hati/terasa secara peribadi pada maklum balas negatif terhadap kerja/projek yang saya buat sepenuh hati, namun saya faham kritikan adalah untuk kebaikan semua pihak dan saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya dari masa ke semasa."
Kamu perlu memberi imej yang kamu bukan sempurna, tetapi itu adalah sesuatu yang kamu sedar tentang kelemahan mu dan berusaha untuk memperbaikinya dalam masa ke semasa.
4. " Saya benci kerja/majikan saya yang dulu".
Kenapa kamu berhenti dari pekerjaan kamu yang dulu?
Bercakap sesuatu yang buruk mengenai pekerjaan terdahulu boleh menyebab penemuduga mempunyai persepsi yang buruk terhadap kamu. Bila ditanya soalan sebegini, bersedia menjawab dari segi positif bahawa kamu meninggalkan kerja tersebut kerana kamu mahukan cabaran baru dan persekitaran kerja yang boleh membentuk perjalanan karier yang lebih baik.
5. "Siapa ni?".
Maksud soalan ini adalah kamu mestilah meneliti latar belakang syarikat tempat kamu memohon pekerjaan terlbih dahulu. Adalah lebih baik kalau kamu tahu carta organisasi syarikat, pegawai yang terlibat dalam perjawatan dan sumber manusia supaya kamu nampak lebih bersedia untuk bekerja dalam syarikat tersebut.
6. "Saya adalah yang terbaik untuk jawatan ini"
Semua orang rasa dia adalah yang terbaik untuk jawatan tersebut. Adalah baik untuk kelihatan bersungguh-sungguh tetapi apa yang terdengar yakin di telinga kita mungkin terdengar sombong d telinga penemuduga.