Bila anak lambat bercakap tentu ibu bapa berasa risau. Seawal usia dua tahun sekiranya anak belum boleh menyebut satu perkataan bermakna maka itu adalah isyarat bendera merah untuk ibu bapa melakukan sesuatu. Selalunya anak kecil yang bermasalah seperti ini akan dirujuk kepada doktor pakar untuk mengesahkan samada anak tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesihatan (audiology, periksa darah) dan menjalani rawatan terapi yang seterusnya.
Apa yang ibu bapa perlu tahu lambat bercakap adalah satu tanda negatif untuk perkembangan mental si kecil. Lambat bercakap boleh terjadi sekiranya anak:
1. Mempunyai masalah pendengaran
2. Autisme
3. Terencat akal
4. Lembap pembelajaran dan sebagainya.
Mengapa anak tidak menyebut perkataan?
Ini mungkin disebabkan si kecil tidak faham apa yang hendak diajar atau tidak pandai meniru. Kemahiran meniru sangat penting dalam perkembangan bahasa si kecil kerana dengan cara itu sahaja mereka dapat belajar sesuatu yang baru.
Jadi apa yang ibu bapa boleh buat untuk membiasakan anak kepada sesi pembelajaran bahasa atau bercakap, pertama, ajar anak kemahiran meniru :
i. meniru aksi (tepuk tangan , bye bye, aksi mainan (kereta atau pun mainan memasak), menari dan sebagainya.
ii. meniru perkataan ( bunyi haiwan, kenderaan)
Kedua, ajarkan anak satu perkataan dalam satu satu masa dengan teknik highlight iaitu menekan sebutan perkataan contohnya "Quek quek, quek, quek". (nada sedikit tinggi dan keras)
Kemudian ulang sebanyak kali yang boleh. Anak-anak yang lambat bercakap perlu mendengar perkataan tersebut lebih 4 ribu kali sebelum boleh menuturkan perkataan tersebut.
Jadi ibu bapa? Sedia untuk mengajar anak-anak lambat bercakap 4ribu kali untuk satu perkataan? Saya doakan usaha ibu bapa berjaya menunjukkan hasil dan anak kecil tadi boleh berjaya di masa hadapan seperti anak-anak normal yang lainnya. InsyaAllah.
(Sumber maklumat: Youtube : Tanya Terapis Anda , Aishah Kassim)
p/s : entry ini bukan nasihat/saranan daripada saya. Ini adalah saranan pakar.
0 comments