mediocre try to be exceptional

some thing starts from one thing

Search This Blog

CATEGORY >

Surirumah yang mempunyai anak kecil mesti terfikir untuk mengajar anak mereka di rumah sebagai persediaan menghadapi alam tadika. Tetapi sering saja rancangan mengajar mengalami situasi tertangguh atau tidak menjadi. Mengapa ini terjadi? 1001 alasan. Ini juga sering terjadi kepada saya. Jadi saya kategorikan alasan kepada tiga sebab untuk menjadi panduan saya dan kita semua di masa hadapan.

1. Terlalu ikut jadual.

Kalau kita layari internet untuk membuat persiapan homeschool anak kecil, terlalu banyak tips dan idea untuk dijadikan sebagai permulaan. Pada mulanya memang kita akan bersemangat untuk menyediakan itu ini keperluan alat bantu mengajar anak kecil, menyusun jadual dan menyediakan tempat khas untuk belajar. Namun usaha ini tidak lama. Kenapa? Kerana suri rumah ada banyak lagi kerja rumah yang perlu dibuat selain untuk mengajar anak kecil. 

Jadi, kita mulakan dengan apa yang mampu. Menulis, membaca, atau sekadar menyanyi bersama anak kecil. Seeloknya mulakan di awal pagi setelah si suami pergi kerja. Kerana hanya masa itu yang paling relax untuk si ibu bermain dengan si manja!


2. Tidak bersedia

Selalunya kotak fikiran ibu akan penuh dengan 'to do list' kerja-kerja rumah. Mencuci, menyapu, kemas dapur, menjemur kain, lipat baju, kemas bilik tidur, kemas mainan, masak apa hari ini?? dan sebagainya. Jadi aktiviti untuk si manja biasanya dikemudiankan dan akhirnya tidak dibuat langsung. Kesian si kecil.

Solusinya, sebelum tidur fikirkan apa yang mahu diajar untuk esok pagi. Mungkin belajar abc, atau mewarna? Jadi selesai menguruskan suami di awal pagi, automatik ibu akan ambil kertas dan pensel panggil si kecil untuk menulis. 10 minit untuk permulaan sudah mencukupi.


3. Tidak kreatif.

Saya juga mempunyai masalah ini. Selalu menangguhkan aktiviti mengajar anak atas alasan tidak cukup bahan. Akhirnya hari bertukar minggu, minggu bertukar minggu yang lainnya. Kesian si kecil.

Apa yang saya buat sekarang hanyalah membeli dua buku abjad dan nombor, jadi kalau tiada idea untuk hari itu ambil buku tersebut dan belajar dengan anak. Atau ambil mainan yang ada di rumah dan berdrama dengannya. Atau bawa anak mengemas dan minta ambilkan barang yang bersepah dan minta tolong simpankan. Memang penat sebab tangan kerja, mulut pun kerja. Tapi takpa la sayang, yang penting kita belajar.


SELAMAT BERHOMESCHOOL





Share on:
Untuk permulaan homeschool, cuba cari idea untuk bahan mengajar anak-anak yang paling mudah dan ringan untuk dilakukan.

Contoh:

1.    Belajar ABC
2.    Belajar nombor 123
3.    Mengenal warna
4.    Mewarna
5.    Aktiviti mudah ( tiup belon, menggam dan menampal gambar, main permainan yang sedia ada)
6.    Membaca buku cerita (read aloud)
7.    Mengenal barang dalam rumah (di bilik, di dapur , ruang tamu ext)
8.    Menyanyi (sing along)
9.    Aktiviti luar (bermain basikal, mandi kolam, menyiram bunga etc)
10. Menulis

Semua aktiviti hanya memerlukan 10 minit setiap hari untuk permulaan. Ibu bapa boleh lah membuat jadual aktiviti apa yang boleh dilakukan setiap hari. Atau hanya sekadar menulis nota apa yang telah dilakukan dan tidak terikat kepada jadual untuk melihat perkembangan aktiviti homeschool. Idea lain akan muncul sendiri apabila ibu bapa sudah mula memulakan aktiviti ini setiap hari. Selepas selesa dengan aktiviti homeschool mudah setiap hari, bolehlah diteruskan dengan membeli peralatan lain untuk pertambahan alat bantu mengajar homeschool di rumah sendiri dan menambahkan masa aktiviti.


Selamat mencuba.


Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →
latest posts
latest comments
Powered By Blogger

Blog Archive

  • ►  2018 (3)
    • ►  08/05 - 08/12 (2)
    • ►  03/25 - 04/01 (1)
  • ▼  2017 (5)
    • ►  09/17 - 09/24 (2)
    • ▼  09/10 - 09/17 (2)
      • Homeschool, sekolah rumah atau rumah sekolah??
      • 10 aktiviti mudah untuk permulaan Homeschool Anak ...
    • ►  04/30 - 05/07 (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  07/10 - 07/17 (1)
    • ►  04/03 - 04/10 (1)
    • ►  01/31 - 02/07 (1)
    • ►  01/10 - 01/17 (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  09/06 - 09/13 (2)
    • ►  02/08 - 02/15 (1)
    • ►  02/01 - 02/08 (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  11/02 - 11/09 (2)
    • ►  10/26 - 11/02 (7)
Labels
  • aktiviti speech delay
  • Cerpen
  • Homeschool
  • insight
  • lambat bercakap
  • sad
  • speech delay

About Me

nurr22saadah
View my complete profile

Webterest!!

  • iheartorganizing.blogspot.com
  • organizingmadefun.blogspot.com
  • usefulbeautifulhome.com
  • abowlfulloflemons.net
  • creatingreallyawesomefreethings.com
  • susunatursioca.blogspot.com
  • homehappyhome.blogspot.com
  • www.muslimblog.co.in
  • debtfreemuslims.com

Followers

mediocre try to be exceptional

some thing starts from one thing

  • Home
Powered by Blogger.
Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates