Untuk permulaan homeschool, cuba cari idea untuk bahan mengajar anak-anak yang paling mudah dan ringan untuk dilakukan.
Contoh:
1. Belajar ABC
2. Belajar nombor 123
3. Mengenal warna
4. Mewarna
5. Aktiviti mudah ( tiup belon, menggam dan menampal gambar, main permainan yang sedia ada)
6. Membaca buku cerita (read aloud)
7. Mengenal barang dalam rumah (di bilik, di dapur , ruang tamu ext)
8. Menyanyi (sing along)
9. Aktiviti luar (bermain basikal, mandi kolam, menyiram bunga etc)
10. Menulis
Semua aktiviti hanya memerlukan 10 minit setiap hari untuk permulaan. Ibu bapa boleh lah membuat jadual aktiviti apa yang boleh dilakukan setiap hari. Atau hanya sekadar menulis nota apa yang telah dilakukan dan tidak terikat kepada jadual untuk melihat perkembangan aktiviti homeschool. Idea lain akan muncul sendiri apabila ibu bapa sudah mula memulakan aktiviti ini setiap hari. Selepas selesa dengan aktiviti homeschool mudah setiap hari, bolehlah diteruskan dengan membeli peralatan lain untuk pertambahan alat bantu mengajar homeschool di rumah sendiri dan menambahkan masa aktiviti.
Selamat mencuba.
0 comments