SPEECH DELAY : Anak sudah masuk pra sekolah tapi masih tidak pandai bercakap? 7 aktiviti yang boleh dilakukan di rumah oleh ibu bapa

Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah anak speech delay, perkara ini agak membimbangkan kerana anak yang sudah berusia 5 tahun belum pandai untuk bercakap dan meminta sesuatu dengan betul. Kebiasaannya, mereka hanya menangis dan berteriak untuk sesuatu yang mereka mahukan dan ibu bapa hanya meneka-neka perkara tersebut. Ini menjadikan mereka terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk sesuatu benda kecil seperti mencari mainan, menonton cerita kartun mana? dan hendak makan atau minum? Lapar atau tidak? Mahu apa?  dan banyak lagi atau atau yang lain.

Untuk kanak-kanak seumpama ini, sudah tentunya sedang mengikuti rawatan di hospital atau pun pusat swasta yang berkaitan. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, sudah tentu rawatan yang terbaik di berikan kepada anak untuk menjalani rawatan speech delay di pusat rawatan swasta.  Namun bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan, berada di luar bandar dan kurang peka terhadap situasi kritikal ini, selalunya hanya mengikuti rawatan di hospital kerajaan yang hanya memberi temujanji 3 atau 4 bulan sekali sahaja.


Jangan bimbang kerana saya akan cadangkan 7 perkara yang anda boleh lakukan di rumah untuk latihan lanjutan anak-anak speech delay:

1.  Urutan mulut/tangan/kaki

Petua yang kita selalu dengar dari masyarakat umumnya apabila anak lambat bercakap ialah pukul mulut anak dengan selipar, letakkan sudu besi ke dalam mulut, makan telur puyuh supaya anak tadi bercakap bak burung puyuh yang celoteh, makan ikan sebelah, dengarkan anak bunyi tembakan yang kuat atau bom dsbgnya. Mungkin perkara ini sedikit sebanyak membantu tetapi dari segi realistik mungkin tidak begitu meyakinkan.

Saranan terapis adalah urutan dibuat bahagian dalam mulut dan di luar mulut. Di dalam bahagian mulut adalah lelangit, lidah , dan tepi dalam mulut kiri dan kanan . Hanya tekan2 sahaja sedikit bahagian ini menggunakan kain yang bertekstur sedikit kasar sebanyak 5 kali satu bahagian.  Buat dua kali sehari. Sebaiknya selepas mandi kerana waktu ini anak berada dalam mood yang baik dan boleh bertoleransi. Selalunya anak speech delay penyakitnya agak sensitif bila di kacau bahagian-bahagian ini mungkin kerana mereka geli. Namun perlahan-lahan buat dengan cara santai dan bermain. Bagi luar mulut adalah kawasan bibir atas dan bawah serta atas bibir. Urut bibir seperti hendak letakkan gincu 5kali. Atas bibir tekan arah atas dan bawah, tekan-tekan sekitar mulut dan buat gerakan membulat atas bibir. Boleh rujuk terapis juga dengan kaedah ini kerana ada caranya.

Relevannya kaedah urutan mulut ialah untuk menguatkan otot-otot bahagian dalam dan luar mulut agar lebih kuat untuk bercakap.

Bagi kaki dan tangan, urut  dan tekan dengan perlahan dan cuba cari kaedah mengurut untuk terapi tangan dan kaki . Biasanya anak speech delay ada kecenderungan untuk tidak mahu belajar menulis mungkin kerana tangan mereka lemah dan tidak dapat belajar pegang pen atau pensel. Aktiviti seperti memanjat monkey bar juga bagus untuk menguatkan tangan.


2.  Tutup mata.

Aktiviti ini mudah. Hanya tutup mata anak dan cuba untuk bercakap dan bertanya kepadanya dalam keadaan mata tertutup. Cuba tanyakan kepadanya mainan apa dan beri dia pegang dan rasa. Walaupun dia tidak menjawab, aktiviti ini menyeronokkan dan mudah. Tapi ada juga anak yang tidak mahu bekerjasama. Cara lain adalah, biarkan dia dalam bilik yang gelap dan tutup bilik. Mulakan dengan satu minit. Keesokan harinya lagi dua minit. Minggu depannya lagi tiga minit. Begitulah seterusnya. Rasionalnya ialah aktiviti ini mewujudkan 'alertness' kepada anak ini. Apabila kita berada dalam keadaan gelap, sistem waspada kita akan meningkat contohnya apabila 'blackout' di rumah pada waktu malam. Alertness atau berjaga-jaga ini bertujuan untuk membantu anak melatih  'eye contact' dan kewaspadaan anak ini.


3.  Aktiviti flashcards.

Anak dengan speech delay akan lebih tertarik dengan visual, gambar dan benda bergerak. Itu lah sebabnya mereka boleh bertahan menonton cerita kartun dan melayan youtube sehingga berjam-jam lamanya. Bagi anak pra sekolah, sudah tentunya mereka biasa dengan ABC dan 123. Jadi, gunakan kelebihan ini untuk membuat flashcards yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Contohnya A untuk air. A untuk abang. B untuk bapa. B untuk biskut. D untuk duduk dan L untuk lari. Begitula seterusnya. Kalau kita membeli flashcard di pasaran, ia tidak begitu memenuhi kehendak kita. Dan selalunya flashcards dalam bahasa inggeris. Jadi kita kena buat flashcards sendiri.



Apa yang ada di dalam flashcard ini seharusnya kita kaitkan dengan kehidupan seharian anak. Contoh, D, duduk. Bila kita bercakap dan anak belajar melalui flashcard, senang untuk dia memahami apa yang sebenarnya disuruh. Contohnya kaki, tunjukkan kepadanya kaki. Dan ulang dalam aktiviti sehari-hari. Mana kaki abang?

Walaupun kita rasa flashcard tidak membantu sebanyak yang mungkin, tapi ini penting untuk kita menambahkan kosa kata anak. Semakin banyak kosa kata yang dia tahu, semakin meningkat keyakinan dirinya dan kita akan lihat yang dia akan kurang sensitif.


4. Latihan menulis / mewarna.

Latihan menulis dan mewarna perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehari sekali. Aktiviti ini tiada kaitan dengan pembangunan kosa kata anak, tetapi latihan untuk melatih 'eye contact' yang baik. Semakin baik eye contact anak, semakin banyak yang dia akan belajar dari melihat mulut dan mendengar percakapan seharian orang sekelilingnya. Lebih-lebih lagi, bila sudah memasuki pra sekolah , maka anak mestilah mempunyai kemahiran ini. Sekurang-kurangnya latihan di rumah akan menghilangkan rasa kekok untuk mengikuti pembelajaran di sekolah.


5. Aktiviti fizikal.


Bagi anak speech delay, mereka kurang imaginasi untuk bermain sendiri. Maksudnya mereka akan cepat bosan dengan mainan yang ada. Mereka akan selalu ingin bersama ibu atau bapa kerana mereka tidak tahu apa hendak dibuat. Biasanya ibu bapa akan memberi gajet kepada mereka supaya tidak diganggu.Tidak dinafikan masa yang terhad dan terbatas atas tuntutan tugas harian menyebabkan ibu bapa cenderung untuk membiarkan anak dengan gajet. Alternatif lain ialah menyuruh mereka membuat aktiviti fizikal. Contohnya adalah suruh mereka memanjat tangga (pastikan selamat) dan memanjat gril pintu atau bermain basikal. Lebih elok kalau ada trampolin di rumah supaya anak boleh menyalurkan tenaga mereka ke arah fizikal. Atau boleh lah difikirkan aktiviti fizikal yang sesuai dengan persekitaran rumah agar tidak membahayakan anak tadi.


6. Download video youtube secara offline.

Bagi anak-anak yang sukakan gajet, ini cara yang baik untuk dibuat. Pilih video berbentuk pendidikan yang baik dan selaras dengan usianya. Contoh untuk anak pra sekolah ialah ucapan selamat pagi, thank you, goodbye dalam bentuk nyanyian. Ataupun video mengenai anggota badan, video mewarna, menulis, dan apa-apa yang difikirkan sesuai untuk pembelajaran nya. Biarkan sahaja sekiranya dia menangis kerana tidak dapat melihat apa yang dia mahukan. Lama kelamaan dia akan tengok juga video tersebut dan secara tidak langsung mempunyai memori terhadap perkataan itu. Tugas ibu bapa adalah untuk mengulang kembali perkataan tersebut bersamanya apabila ada masa terluang dan belajar bersama-sama.


7. Ambil supplement.

Pengambilan supplement agak mengelirukan dalam hal anak speech delay. Ini kerana anak speech delay berkemungkinan hyperactive dan tidak boleh mengambil banyak gula. Namun hal ini amat perlu dipetrtimbangkan oleh ibu bapa kerana ada supplement yang boleh meransang perkembangan otak dan membolehkannya cepat belajar. Minta lah nasihat daripada terapis anda dan mohon doa kepada Allah agar dipermudahkan semuanya atas segala sesuatu urusan anak. Amin.





0 comments